Wahyu pertama Rasulullah
Wahyu pertama Rasulullah
BACALAH dengan nama Tuhanmu, yang menjadikan manusia daripada segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmu amat mulia, yang mengajarkan dengan pena. Mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. (al-Alaq: 1-5)
AYAT di atas merupakan wahyu pertama yang diturunkan pada 17 Ramadan dan bersamaan dengan 6 Ogos tahun 610 Masihi. Peristiwa ini berlaku sewaktu Rasulullah berusia 40 tahun. Baginda sangat sedih melihat kehidupan kaum Quraisy pada waktu itu. Mereka hidup tanpa tujuan dan bertuhankan hawa nafsu.
Tidak berapa jauh dari kota Mekah, terdapat sebuah gua yang terpencil dan jarang dikunjungi orang. Gua itu bernama Gua Hira’. Rasulullah sering duduk sendirian dan gua itu. Baginda termenung memikirkan kejadian alam dan kebesaran Penciptanya.
Baginda tinggal di dalam gua itu untuk beberapa hari. Kadang-kadang sampai berminggu-minggu. Apabila bekalan makanan habis, barulah baginda pulang. Isterinya Siti Khadijah tidak pernah merungut dengan kelakuan baginda.
Suatu hari, Rasulullah didatangi oleh Malaikat Jibril. Baginda terkejut melihat suatu lembaga yang besar sedang berdiri di hadapannya.
“Bacalah,” suruh Malaikat Jibril.
“Saya tidak tahu membaca,” jawab Rasulullah jujur.
Malaikat Jibril mendakap Rasulullah dengan kuat dan berkata: “Bacalah!”
“Saya tidak tahu membaca,” jawab Rasulullah lagi. Baginda adalah seorang yang buta huruf.
Jawapan itu menyebabkan Malaikat Jibril memeluk baginda sekali lagi. Jibril menyuruh baginda, membaca dan Nabi Muhammad mengulangi jawapannya bahawa baginda tidak tahu membaca.
Malaikat Jibril memeluk baginda buat kali yang ketiga. Pelukan itu lebih erat daripada yang sebelumnya. Akibatnya, baginda kelemahan dan lemah tidak bermaya.
Malaikat Jibril pun melepaskan pelukan di tubuh baginda. Dia kemudiannya membaca surah al-Alaq. Baginda mengikut bacaan Malaikat Jibril itu.
Selepas itu, baginda pun pulang ke rumah. Surah al-Alaq adalah wahyu pertama yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. Selepas peristiwa itu, Rasulullah menerima lebih banyak wahyu daripada Allah untuk disampaikan kepada seluruh umat manusia supaya mereka tetap berada pada jalan kebenaran.
Powered by Qumana
1 comment:
Oi, achei teu blog pelo google tá bem interessante gostei desse post. Quando der dá uma passada pelo meu blog, é sobre camisetas personalizadas, mostra passo a passo como criar uma camiseta personalizada bem maneira. Se você quiser linkar meu blog no seu eu ficaria agradecido, até mais e sucesso. (If you speak English can see the version in English of the Camiseta Personalizada. If he will be possible add my blog in your blogroll I thankful, bye friend).
Post a Comment