10 August 2007

Bacalah

Baca jika anda ada masa untuk ALLAH.

Bacalah sehingga habis.

Saya hampir membuang email ini namun saya telah diberi keberkatan untuk membaca terus hingga ke penghujung.

ALLAH , bila saya membaca e-mail ini, saya fikir saya tidak ada masa untuk ini.... Lebih lebih lagi diwaktu kerja.


Kemudian saya tersedar bahawa pemikiran semacam inilah yang .... Sebenarnya, menimbulkan pelbagai masaalah di dunia ini.



Kita cuba menyimpan   ALLAH didalam   MASJID pada hari Jumaat ......

Mungkin malam JUMAAT?

Dan sewaktu solat MAGRIB SAJA?

Kita suka ALLAH pada masa kita sakit....

Dan sudah pasti waktu ada kematian...

Walau bagaimanapun kita tidak ada masa atau ruang untuk ALLAH waktu bekerja atau bermain?

Kerana... Kita merasakan diwaktu itu kita mampu dan sewajarnya mengurus sendiri tanpa bergantung padaNYA.

Semoga   ALLAH mengampuni aku kerana menyangka......

Bahawa  nun di sana masih ada tempat dan waktu dimana ALLAH bukan lah yang paling utama dalam hidup ku. (nauzubillah)



Kita sepatutnya senantiasa mengenang akan segala yang telah DIA berikan kepada kita.

DIA telah memberikan segala-galanya kepada kita sebelum kita meminta. RENUNGKANLAH

Sebarkan lah seandaianya ANDA BENAR-BENAR MENGHAYATI!!!



Ya aku CINTA ALLAH



Dia adalah sumber kewujudanku dan Penyelamatku


IA lah yang mengerakkan ku setiap detik dan hari. TanpaNYA aku adalah   HAMPAS yang tak berguna.



Susah vs. Senang



Kenapa susah sangat nak sampaikan kebenaran?



Kenapa mengantuk dalam   MASJID tetapi sebaik saja selesai ceramah kita segar kembali?

Kenapa mudah sekali membuang e-mail agama tetapi kita bangga mem "forward" kanemail yang tak senonoh?

Hadiah yang paling istemewa yang pernah kita terima.

Solat adalah yang terbaik....



Tidak perlu bayaran , tetapi ganjaran lumayan.




Notes: Tidak kah melucukan  betapa mudahnya bagi manusia   TIDAK Beriman PADA ALLAH setelah itu hairan kenapakah dunia ini menjadi neraka bagi mereka.



Tidakkah melucukan bila  seseorang berkata "AKU BERIMAN PADA ALLAH" TETAPI SENTIASA MENGIKUT SYAITAN. (who, by the way, also "believes" in ALLAH).



Tidakkah melucukan  bagaimana anda mampu hantar ribuan email lawak yang akhirnya tersebar bagai api yang tidak terkawal., tetapi bila anda hantar email mengenai   ISLAM, ramai orang fikir 10 kali untuk berkongsi?



Tidakkah melucukan bagaimana bila anda mula menghantar mesej ini anda tidak akan menghantar kepada semua rakan anda kerana memikirkan apa tanggapan mereka terhadap anda atau anda tak pasti samaada mereka suka atau tidak?.



Tidakkah melucukan bagaimana anda merasa  risau akan tanggapan orang kepada saya  lebih dari tanggapan ALLAH terhadap anda.



Aku berDOA, untuk semua yang menghantar mesej ini kepada semua rakan  mereka di rahmati ALLAH.



Powered by Qumana


30 July 2007

Doa buat IBU & AYAH...

Doa buat IBU & AYAH...

Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas didikan mereka padaku dan
Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku, peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau kesusahan yang mereka
deritakan kerana aku, atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku,
jadikanlah itu semua penyebab musnahna dosa-dosa mereka dan bertambahnya
pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah, sebab hanya Engkaulah
yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku, Izinkanlah mereka memberi
syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi syafa'at untuk mereka,
sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu,ampunan-Mu serta rahmat-Mu.

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung, serta anugerah yang
tak berakhir dan Engkaulah yang Maha Pengasih di antara semua pengasih.


...Marilah kita kenang dosa kepada orang tua kita. Siapa tahu hidup kita
dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita menghisap darahnya,
tenaganya, airmatanya, keringatnya.

...Istighfarlah, Istighfarlah...
Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya.
Atau kata-katanya sering mengguris hati-hati meraka,
atau yang jarang memperdulikan dan mendoakannya.
Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya didahulukan di dunia ini.
Wallahua'alam..


Powered by Qumana


Kekauatan Melalui Usrah

Kekuatan yang telah ditunjukkan oleh
nabi Muhammad S.A.W dengan terbinanya
empayar Madinah Al-Munawwarah tidak
datang dengan sendirinya bahkan
kekuatan itu adalah merupakan
perencanaan jangka panjang baginda
yang telah diolah berdasarkan
pengawalan akal,emosi,dan hati
berteraskan keimanan yang kukuh kepada
Allah S.W.T.

Jadi, melalui kebijaksaan yang Allah
S.W.T jelmakan melalui nabi S.A.W
itu,baginda telah mencanangkan satu
bentuk pendekatan yang begitu
mengagumkan

dan berkesan dalam membina satu bentuk
kekuatan yang mencakupi daripada
pelbagai sudut kehidupan iaitu usrah.

Dalam hal ini,Imam Hassan Al-Banna
telah menerangkan bahawa rukun-rukun
yang terdapat dalam usrah tersebut
adalah merupakan intipati tepat ke
atas persoalan bagaimana ramuan usrah
ini mampu dimanipulasikan oleh baginda
sehingga berjaya menghasilkan manusia-
manusia hebat yang mana semangat juang
mereka ini sangat utuh dan
jitu.Contohnya Saidina Abu Bakar As-
Siddiq,Bilal,Umar dan sebagainya.

Jadi,melalui persoalan ini,Imam Hassan
Al-Banna telah merungkaikan satu
persatu rukun-rukun usrah yang menjadi
tunjang yang kuat dalam pembinaan
kekuatan umat islam.

Tiga rukun utama yang diutarakan oleh
As-Syahid ialah ta,aruf
(perkenalan),tafahum (persefahaman)dan
takaful(tolong-menolong).Dilihat
secara lebih khusus,sememangnya tidak
syak lagi ramuan ini mampu memberikan
satu bentuk perhubungan rohani dan
jasmani yang begitu kuat seterusnya
membenarkan kalam Allah yang
menyatakan tentang perlunya
perhubungan dengan Allah dan
perhubungan dengan manusia.

Semua ini telah mampu dibuktikan
dengan hanya satu halaqah yang kecil
tetapi berupaya menjadi enjin yang
menggerakkan satu mesin yang
besar.Jadi,apa yang paling penting
mutakhir ini ialah para pejuang islam
mesti kembali untuk bersama-sama
mengutamakan pendekatan usrah yang
sememangnya menjadi sunnah nabi S.A.W
ini sekiranya para penegak kebenaran
ini mahu membina kekuatan ummah yang
bukan sahaja baik perhubungannya
dengan Allah tapi juga baik
perhubungannya dengan manusia.Hidup
Untuk Islam..!


Powered by Qumana


29 June 2007

Wahyu pertama Rasulullah

Wahyu pertama Rasulullah

BACALAH dengan nama Tuhanmu, yang menjadikan manusia daripada segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmu amat mulia, yang mengajarkan dengan pena. Mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. (al-Alaq: 1-5)

AYAT di atas merupakan wahyu pertama yang diturunkan pada 17 Ramadan dan bersamaan dengan 6 Ogos tahun 610 Masihi. Peristiwa ini berlaku sewaktu Rasulullah berusia 40 tahun. Baginda sangat sedih melihat kehidupan kaum Quraisy pada waktu itu. Mereka hidup tanpa tujuan dan bertuhankan hawa nafsu.

Tidak berapa jauh dari kota Mekah, terdapat sebuah gua yang terpencil dan jarang dikunjungi orang. Gua itu bernama Gua Hira’. Rasulullah sering duduk sendirian dan gua itu. Baginda termenung memikirkan kejadian alam dan kebesaran Penciptanya.

Baginda tinggal di dalam gua itu untuk beberapa hari. Kadang-kadang sampai berminggu-minggu. Apabila bekalan makanan habis, barulah baginda pulang. Isterinya Siti Khadijah tidak pernah merungut dengan kelakuan baginda.

Suatu hari, Rasulullah didatangi oleh Malaikat Jibril. Baginda terkejut melihat suatu lembaga yang besar sedang berdiri di hadapannya.

“Bacalah,” suruh Malaikat Jibril.

“Saya tidak tahu membaca,” jawab Rasulullah jujur.

Malaikat Jibril mendakap Rasulullah dengan kuat dan berkata: “Bacalah!”

“Saya tidak tahu membaca,” jawab Rasulullah lagi. Baginda adalah seorang yang buta huruf.

Jawapan itu menyebabkan Malaikat Jibril memeluk baginda sekali lagi. Jibril menyuruh baginda, membaca dan Nabi Muhammad mengulangi jawapannya bahawa baginda tidak tahu membaca.

Malaikat Jibril memeluk baginda buat kali yang ketiga. Pelukan itu lebih erat daripada yang sebelumnya. Akibatnya, baginda kelemahan dan lemah tidak bermaya.

Malaikat Jibril pun melepaskan pelukan di tubuh baginda. Dia kemudiannya membaca surah al-Alaq. Baginda mengikut bacaan Malaikat Jibril itu.

Selepas itu, baginda pun pulang ke rumah. Surah al-Alaq adalah wahyu pertama yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. Selepas peristiwa itu, Rasulullah menerima lebih banyak wahyu daripada Allah untuk disampaikan kepada seluruh umat manusia supaya mereka tetap berada pada jalan kebenaran.


Powered by Qumana


01 June 2007

Mesyuarat Penyelarasan Website PKK Negeri

Mesyuarat telah dijalankan di Pusat Kokurikulum Pangkor yang berlangsung pada 30 Mei hingga 1 Jun sebagai pelarasan kepada website pusat ko seluruh malaysia


Powered by Qumana


25 May 2007

Kursus Asas Belayer dan Pengendalian Aktiviti Aras Tinggi

Alhamdulillah, kursus ini dapat dijalankan dengan baik. Kelihatan para peserta amat berpuas hati dengan kandungan, pelajaran dan kemahiran kursus ini.  Diharapkan dengan kemahiran yang telah dipelajari melalui kursus ini, semua jurulatih mendapat manfaat dan mengaplikasikannya dengan sebaik-baiknya. Saya bagi pihak pengurusan pusat kokurikulum kuala lumpur memohon maaf jika terdapat sebarang kekurangan dalam kursus ini. On Belay...


Powered by Pkkkl


10 May 2007

Program Jurulatih

Program Asas Belayer dan pengendalian akitiviti aras tinggi akan diadakan pada 21 hingga 24 Mei 2007 di Pusat Kokurikulum Kuala Lumpur.


Program ini akan dikendalikan oleh Persekutuan Mendaki Malaysia yang bernaung di South East Asia Climbing Federation.


Semua jurulatih Pusat Kokurikulum Kuala Lumpur di alu-alukan untuk hadir kursus ini


Powered by Qumana