30 July 2007

Doa buat IBU & AYAH...

Doa buat IBU & AYAH...

Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas didikan mereka padaku dan
Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku, peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau kesusahan yang mereka
deritakan kerana aku, atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku,
jadikanlah itu semua penyebab musnahna dosa-dosa mereka dan bertambahnya
pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah, sebab hanya Engkaulah
yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku, Izinkanlah mereka memberi
syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi syafa'at untuk mereka,
sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu,ampunan-Mu serta rahmat-Mu.

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung, serta anugerah yang
tak berakhir dan Engkaulah yang Maha Pengasih di antara semua pengasih.


...Marilah kita kenang dosa kepada orang tua kita. Siapa tahu hidup kita
dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita menghisap darahnya,
tenaganya, airmatanya, keringatnya.

...Istighfarlah, Istighfarlah...
Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya.
Atau kata-katanya sering mengguris hati-hati meraka,
atau yang jarang memperdulikan dan mendoakannya.
Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya didahulukan di dunia ini.
Wallahua'alam..


Powered by Qumana


Kekauatan Melalui Usrah

Kekuatan yang telah ditunjukkan oleh
nabi Muhammad S.A.W dengan terbinanya
empayar Madinah Al-Munawwarah tidak
datang dengan sendirinya bahkan
kekuatan itu adalah merupakan
perencanaan jangka panjang baginda
yang telah diolah berdasarkan
pengawalan akal,emosi,dan hati
berteraskan keimanan yang kukuh kepada
Allah S.W.T.

Jadi, melalui kebijaksaan yang Allah
S.W.T jelmakan melalui nabi S.A.W
itu,baginda telah mencanangkan satu
bentuk pendekatan yang begitu
mengagumkan

dan berkesan dalam membina satu bentuk
kekuatan yang mencakupi daripada
pelbagai sudut kehidupan iaitu usrah.

Dalam hal ini,Imam Hassan Al-Banna
telah menerangkan bahawa rukun-rukun
yang terdapat dalam usrah tersebut
adalah merupakan intipati tepat ke
atas persoalan bagaimana ramuan usrah
ini mampu dimanipulasikan oleh baginda
sehingga berjaya menghasilkan manusia-
manusia hebat yang mana semangat juang
mereka ini sangat utuh dan
jitu.Contohnya Saidina Abu Bakar As-
Siddiq,Bilal,Umar dan sebagainya.

Jadi,melalui persoalan ini,Imam Hassan
Al-Banna telah merungkaikan satu
persatu rukun-rukun usrah yang menjadi
tunjang yang kuat dalam pembinaan
kekuatan umat islam.

Tiga rukun utama yang diutarakan oleh
As-Syahid ialah ta,aruf
(perkenalan),tafahum (persefahaman)dan
takaful(tolong-menolong).Dilihat
secara lebih khusus,sememangnya tidak
syak lagi ramuan ini mampu memberikan
satu bentuk perhubungan rohani dan
jasmani yang begitu kuat seterusnya
membenarkan kalam Allah yang
menyatakan tentang perlunya
perhubungan dengan Allah dan
perhubungan dengan manusia.

Semua ini telah mampu dibuktikan
dengan hanya satu halaqah yang kecil
tetapi berupaya menjadi enjin yang
menggerakkan satu mesin yang
besar.Jadi,apa yang paling penting
mutakhir ini ialah para pejuang islam
mesti kembali untuk bersama-sama
mengutamakan pendekatan usrah yang
sememangnya menjadi sunnah nabi S.A.W
ini sekiranya para penegak kebenaran
ini mahu membina kekuatan ummah yang
bukan sahaja baik perhubungannya
dengan Allah tapi juga baik
perhubungannya dengan manusia.Hidup
Untuk Islam..!


Powered by Qumana